Masih tidak dapat bekalan air
Pengkalan hulu penduduk di kampung Kuak Luar kini resah berikutan mereka tidak dapat menggunakan kemudahan bekalan air walaupun kerja pemasangan paip siap sepenuhnya
Aktivis Masyarakat, Lee Sing Long berkata, dia mendapat makluman daripada salah seorang penduduk di Kuak Luar, dekat sini bahawa perkara ini berpunca daripada mutu kerja dan bahan yang tidak berkualiti
“Menurut maklumat yang terima akibat penggunaan bahan, iaitu paip berkualiti rendah dan tidak mengikut spesifikasi menyebabkan saliran paip itu pecah dan air tidak sampai kepada penduduk
“projek bekalan air penduduk di Kuak Luar yang diambil daripada sumber air di kawasan Kuak Hulu turut menyebabkan beberapa kerugian serta runtuhan tanah kepada seorang penduduk di kampung itu,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Hulu, semalam
Lee Sing Long berkata, pengurusan kerja juga tidak mengikut spesifikasi juga salah satu sebab penduduk kini masih tidak dapat menggunakan air yang disalurkan walaupun pihak kontraktor bertanggungjawap menerima wang peruntukan dan memasang paip.
“mengikut apa yang diberitahu kepada saya, saiz ketebalan paip yang digunakan terlalu nipis dan tidak dapat menampung tekanan air yang kuat dari pada sumber air itu.
“akibatnya saluran paip berkenaan pecah dan air tidak dapat sampai ke kampung Kuak Luar” katanya
Lee Sing Long memaklumkan dua kali projek bekalan air masyarakat ini dibawa masuk ke kampung Kuak Luar namun hingga sekarang penduduk masih belum dapat menggunakan bekalan air itu
“penduduk Kuak Luar kini berharap agar pihak yang bertanggungjawab membuat pemantauan dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membolehkan mereka dapat menikmati kemudahan itu”, katanya
Sementara itu, pemilik tanah yang menjadi laluan kepada punca air itu, Mohd Amin Yaakob berkata, tanah berbukit di kawasan kebun getahnya mengalami runtuhan sejak tiga bulan lalu akibat dihakis oleh air dari kebocoran saliran paip berkenaan
“pada awalnya, saliran paip itu betul-betul melalui kawasan sebelah atas kebun getah saya , dan kebocoran air yang bertekanan tinggi menyebabkan hakisan dan akhirnya berlaku runtuhan tanah yang agak serius
“Pada masa yang sama sebanyak enam batang pokok durian yang saya usahakan bersama enam batang pokok getah yang telah mengeluarkan hasil, tumbang bersama runtuhan tanah itu,” katanya
Mohd Amin turut menyatakan setelah berlaku runtuhan tanah itu, dia meminta pihak berkenaan mengalihkan saliran paip ke bahagian saliran paip ke bahagian bawah kebun getahnya agar dapat menyelamatkan lain-lain tanaman
Katanya, paip berkenaan telah pun dipindahkan dan diletakkan di kawasan bawah, berhampiran dengan Sungai Cabang Anak di hujung tanah kebunnya
Wednesday, May 5, 2010
Hak penduduk Kuak Luar diabaikan, masih belum dapat bekalan air
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hakcipta 2010 BERITA INTAN | Rekabentuk oleh Suraz Kayastha | Blogger Template Style You Can Hack
0 comments:
Post a Comment