Aduan terima daripada Persatuan pemandu teksi Pengkalan Hulu berkaitan penganiayaan secara terang-terang terhadap pemandu-pemandu teksi Pengkala Hulu yang didiskriminasikan atau dimonopoli oleh pemandu “kereta sapu haram” dari negara jiran
Aktivis masyarakat Pengkalan Hulu Lee Sing Long telah mendapat aduan dan telah bersemuka dengan pemandu-pemandu teksi mendengar sendiri luahan isi hati mereka yang rata-ratanya sudah bosan dengan tingkah laku dan sikap yang ditunjukkan oleh pemandu-pemandu “kereta sapu haram” negara jiran di mana seolah-olah mereka mendapat lampu hijau dari pihak Jabatan Pengangkutan Jalan, pihak polis dan jabatan-jabatan lain yang berkenaan di dalam membendung atau menghentikan terus segala kegiatan yang tidak sepatutnya dibiarkan berlaku dengan sekian lama
Yang amat mendukacitakan ialah sikap pemandu-pemandu “kereta sapu haram” dari negara jiran yang bertindak mencuri di sempadan sebelah negara kita negara jiran yang bertindak mencuri pelangan di sempadan sebelah negara kita dan juga di stesen bas dan perhentian teksi kita. Selama ini pihak JPJ dan Polis serta jabatan yang berkenaan bukan hanya tutup sebelah mata, malah lebih sesuai dikatakan langsung tidak membuka kedua-dua belah mata dan seolah-olah tiada perkara sumbang yang berlaku di depan mata mereka walaupun mereka tahu keadaan sebenar
Akibat tidak mendapat pulangan berbaloi atau pelangan yang mencukupi sepanjang hari bekerja membuatkan semua pemandu-pemandu teksi Pengkalan Hulu merasa tertekan dengan dengan ini mereka terpaksa mencari kerja tambahan atau sumber lain untuk menambah atau mencukupi saraan hidup keluarga mereka. Ini amat memeritkan bagi mereka yang mempunyai bilangan keluarga yang ramai dan masih bersekolah
Di sini Lee Sing Long yang mewakili pemandu-pemandu teksi Pengkalan Hulu merayu pihak yang berwajib berkaitan masalah pemandu-pemandu teksi supaya sudi apalah kiranya turun padang dan melihat sendiri apa yang berlaku seharusnya mengambil tindakan segara untuk menyelesaikan masalah yang telah lama tidak dapat diselesaikan. Diharapkan juga JPJ dan Polis dapat membantu pemandu-pemandu Pengkalan Hulu dan bersungguh-sungguh sehingga terhapusnya segala masalah “kereta sapu haram” dari negara jiran. Janganlah diambil tindakan setelah hanya mendapat aduan dari pemandu-pemandu teksi Pengkalan Hulu ……Ibarat “melepaskan batuk ditangga”. Bertindaklan secara berterusan dengan penuh berhemah dan tegas supaya tidak terjadi lagi kegiatan “kereta sapu haram” yang bermaharajalela di negara bertuah ini. Dimanakah slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” apabila rakyat negara jiran seolah-olah memijak-mijak kepala pemandu-pemandu teksi kita
Sekian Sahaja
Aktivis masyarakat Pengkalan Hulu
Wednesday, May 5, 2010
Mana tindakan JPJ&Polis, Hapuskan kereta sapu haram dari negara Jiran (Thailand)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hakcipta 2010 BERITA INTAN | Rekabentuk oleh Suraz Kayastha | Blogger Template Style You Can Hack
0 comments:
Post a Comment