Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012


Salam Sejahtera,
Bersempena dengan 1 Syawal yang mulia akan tiba tidak berapa lama lagi, saya Lee Sing Leong dan bagi pihak seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Warga Pengkalan Hulu, Muslimin dan Muslimat serta rakyat Malaysia amnya, dengan harapan bahawa hari yang berkat ini akan mengeratkan lagi hubungan kita sesama insan.

Marilah kita semua meraikannya sebagai tanda kesyukuran di atas keharmonian yang telah terjalin di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan anutan agama disamping untuk kita mengeratkan lagi silaturrahim dengan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.

Kita harus menaruh harapan bahawa bangsa Malaysia yang akan wujud suatu hari nanti akan berasaskan kepada perasaan saling percaya-mempercayai dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Kita perlu terus gigih berusaha ke arah kemakmuran, kebebasan dan peluang serta hak saksama bagi setiap rakyat Malaysia.

Bagi mereka yang merancang memandu untuk balik kampung, saya berharap mereka akan memandu dengan cermat dan berhati-hati dan saya mendoakan agar mereka sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri... Maaf Zahir Batin.

Lee Sing Leong
Bekas Calon DUN Pengkalan Hulu


1 comments:

(( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?



Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.

Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?

Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.

Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.


(Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')

Post a Comment

Hakcipta 2010 BERITA INTAN | Rekabentuk oleh Suraz Kayastha | Blogger Template Style You Can Hack