Tuesday, September 27, 2011

Jamuan Hari Raya Bukit Buluh Klian Intan

Klian Intan - PAS Cawangan Klian Intan telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri pada 25hb. September 2011 kelmarin bertempat di Bukit Buluh.

Sambutan masyarakat sekitar Bukit Buluh serta Klian Intan amat memberangsangkan dan orang ramai mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan kepimpinan PAS Cawangan Klian Intan.

Menurut Lee Sing Long, dianggarkan 200 orang lebih telah datang untuk bersama meraikan jamuan hari raya ini dan semua tetamu dan pengunjung dapat menikmati juadah yang dihidangkan antaranya kuih muih serta pelbagai makanan lain.

Turut meluangkan masa dan beramah mesra dengan Lee Sing Long anggota dari balai Polis Klian Intan Sjn Mj Mahadhir.

Lee Sing Long dan pegawai keselamatan Balai Polis Klian Intan Sjn Mj.Mahadhir sedang berbual mengenai masalah keselamatan dan kegiatan jenayah di kawasan Klian Intan.

Para petugas sedang sibuk mengangkat makanan untuk di jamu kepada orang ramai yang hadir.

Menjamu selera beramai-ramai.

0 comments:

Post a Comment

Hakcipta 2010 BERITA INTAN | Rekabentuk oleh Suraz Kayastha | Blogger Template Style You Can Hack