Sunday, July 3, 2011

MASALAH HAKISAN TEBING SUNGAI DI KAMPUNG AIR MUSANG GERIK ANCAM RUMAH DAN PENDUDUK

JABATAN Pengairan dan Saliran diminta mengambil tindakan segera mencari jalan terbaik bagi mengatasi hakisan tebing Sungai di Kampung  Air Musang Gerik di sini yang mengancam keselamatan  sebuah rumah penduduk.

Bekas Calon Pengkalan Hulu Lee Sing Long merayu pihak JPS meninjau kawasan terbabit dalam usaha mengelak lebih banyak kerugian yang ditanggung seperti kawasan tanah mereka terus musnah.

“Sebuah rumah kini berhadapan risiko, sekiranya masalah ini tidak ditangani banyak lagi kerugian dialami. Saya minta agar JPS dapat mengambil perhatian dan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin,” kata Lee Sing Long sambil mencadangkan benteng penghalangan hakisan dapat dibuat bagi mengelakkan tanah di tebing sungai runtuh.

Beliau berkata demikian selepas berjumpa dengan penduduk dan membuat tinjauan ke beberapa lokasi tebingan sungai runtuh di kampung berkenaan, kelmarin.


0 comments:

Post a Comment

Hakcipta 2010 BERITA INTAN | Rekabentuk oleh Suraz Kayastha | Blogger Template Style You Can Hack