Monday, August 5, 2013

SURAT KEPADA A.D.U.N. PENGKALAN HULU (PERAK) YB HJ AZENEL:

相片:SURAT KEPADA A.D.U.N. PENGKALAN HULU (PERAK) YB HJ AZENEL:
Salam Ramadan !
Sekali lagi saya membangkitkan masalah banjir di Klian Intan, Pengkalan Hulu yang telah lama mengganggu kehidupan penduduk kampong ini.
Masalah ini tidak dapat diselesaikan sejak masa bekas MB Perak Tajol Rosli selaku wakil rakyat kawasan ini. Hak penduduk2 Klian Intan telah dipinggirkan oleh kerajaan pemerintahan !
Selepas pilihanraya umum ke-12 saya menjawat jawatan Ahli Majlis Daerah Pengkalan Hulu pernah turun ke Klian Intan melawat 2 kawasan banjir semasa hujan ribut, ia-itu Kg Sun Heng dan Kg Sri Utara dan telah merasa penderitaan penduduk2 di dua kampung ini.
Pihak kerajaan daerah pada masa itu pernah menyelesaikan masalah banjir di kawasan Kg Sri Utara dengan naik taraf parit longkang. Satu parit lencongan telah dibina. Banjir kilat tidak lagi berlaku di Kg Sri Utara walaupun hujan ribut. Tetapi masalah banjir kilat di Kg Sun Heng masih kerap berlaku kerana masalah di sana tidak sempat untuk diselesaikan oleh pihak kerajaan kami kerana penukaran pemerintahan Negeri Perak berlaku pada Februari 2009.
Saya berharap ADUN Pengkalan Hulu yang dipilih oleh rakyat Pengkalan Hulu pada PRU ke-13 ini, YB Hj Azenel mengambil perhatian atas perkara ini. Masalah banjir di Kg Sun Heng, Klian Intan harus diselesaikan dengan naik taraf Sungai Kijang , supaya air sungai dapat mengalir dengan lebih lancar. Merujuk perjanjian YB Hj Azenel kepada rakyat Pengkalan Hulu pada masa pilihanraya, bahawa beliau akan mengutamakan masalah penduduk Pengkalan Hulu. Oleh sebab itu saya harap masalah banjir Klian Intan dapat diselesaikan oleh kerajaan pemerintahan dengan segera !
Sekian terima kasih.

Seruan daripada aktivis masyarakat Pengkalan Hulu.
Lee Sing Long.
5 Ogos 2013
Sekali lagi saya membangkitkan masalah banjir di Klian Intan, Pengkalan Hulu yang telah lama mengganggu kehidupan penduduk kampong ini.
Masalah ini tidak dapat diselesaikan sejak masa bekas MB Perak Tajol Rosli selaku wakil rakyat kawasan ini. Hak penduduk2 Klian Intan telah dipinggirkan oleh kerajaan pemerintahan !
Selepas pilihanraya umum ke-12 saya menjawat jawatan Ahli Majlis Daerah Pengkalan Hulu pernah turun ke Klian Intan melawat 2 kawasan banjir semasa hujan ribut, ia-itu Kg Sun Heng dan Kg Sri Utara dan telah merasa penderitaan penduduk2 di dua kampung ini.
Pihak kerajaan daerah pada masa itu pernah menyelesaikan masalah banjir di kawasan Kg Sri Utara dengan naik taraf parit longkang. Satu parit lencongan telah dibina. Banjir kilat tidak lagi berlaku di Kg Sri Utara walaupun hujan ribut. Tetapi masalah banjir kilat di Kg Sun Heng masih kerap berlaku kerana masalah di sana tidak sempat untuk diselesaikan oleh pihak kerajaan kami kerana penukaran pemerintahan Negeri Perak berlaku pada Februari 2009.
Saya berharap ADUN Pengkalan Hulu yang dipilih oleh rakyat Pengkalan Hulu pada PRU ke-13 ini, YB Hj Azenel mengambil perhatian atas perkara ini, masalah banjir di Kg Sun Heng, Klian Intan harus diselesaikan dengan naik taraf Sungai Kijang , supaya air sungai dapat mengalir dengan lebih lancar. Merujuk perjanjian YB Hj Azenel kepada rakyat Pengkalan Hulu pada masa pilihanraya, bahawa beliau akan mengutamakan masalah penduduk Pengkalan Hulu. Oleh sebab itu saya harap masalah banjir Klian Intan dapat diselesaikan oleh kerajaan pemerintahan dengan segera !
Sekian terima kasih.

Seruan daripada aktivis masyarakat Pengkalan Hulu.
Lee Sing Long.
5 Ogos 2013

0 comments:

Post a Comment

Hakcipta 2010 BERITA INTAN | Rekabentuk oleh Suraz Kayastha | Blogger Template Style You Can Hack