Thursday, January 3, 2013

PAS PERAK BUAT LAPORAN SPRM

MENGENAI 3 LESEN P'BALAKAN DI BELUKAR SEMANG, PENGKALAN HULU. (Laporan Sinar Harian 23 Dis. 2012)
Isu kelulusan 606 hektar kawasan p'balakan tanah kerajaan di mukim Belukar Semang, Pengkalan Hulu telah dilaporkan ke SPRM pada 22 Disember 2012 oleh koordinator Jawatankuasa strategik dan Isu PAS Perak Salman Salleh di ibu pej. SPRM jam 3 ptg.
Salman m'dakwa banyak keraguan timbul apabila kelulusan sebanyak 606 hektar tanah p'balakan di Belukar Semang kpd 3 sykt oleh Jab.Perhutanan pd 30 Nov & terdapat 3 kelulusan berlainan kpd 3 sykt selain surat akuan tukul besi yg berturutan nombornya iaitu 6317, 6318 & 6319 pd tarikh yg sama. Ketiga-tiga sykt tersebut iaitu Dinamik Lafaz S/B, Embun Kesuma S/B & Waja Kinrara S/B dimiliki seorang pemilik iaitu Jonathan Chung Jun Fun sebagai pengarahnya yg berusia 28 tahun.
Pihak PAS Perak telah semak ketiga-tiga sykt berkenaan didaftar di alamat yg sama iaitu di 47A, Jln Chung Ah Ming, Pasir Putih, Ipoh. Salman menggesa siasatan yg menyeluruh & kemungkinan ada unsur2 salah guna kuasa selain berharap ianya berjalan dgn adil, katanya kpd pemberita pd sidang media selepas m'buat laporan di ibu pej. SPRM.
Tambah beliau, pihaknya turut akan mendedahkan kelulusan pd 1 Okt. 2012 di bekas hutan simpan Bikam, Mukim Changkat Jering, Sungkai Perak Selatan kpd tiga sykt yg berkaitan.

0 comments:

Post a Comment

Hakcipta 2010 BERITA INTAN | Rekabentuk oleh Suraz Kayastha | Blogger Template Style You Can Hack