Sunday, November 11, 2012

SAYA JUGA M'BANTAH P'BALAKAN DI GUNUNG LANG


Meskipun industri pembalakan banyak menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara, namun begitu aktiviti p'balakan m'beri kesan buruk terhadap alam sekitar. Ia akan m'akibatkan kawasan tadahan hujan semakin berkurang, kesannya kuantiti air dalam empangan berku
rang atau air sungai menjadi cetek. Yang lebih teruk sumber bekalan air akan terjejas.
Selain itu aktiviti pembalakan juga akan mengakibatkan habitat hidupan liar terancam. Jumlah hidupan liar semakin berkurang dan banyak spesies tumbuhan kecil turut musnah.
Hakisan tanah, banjir lumpur serta tanah runtuh akan berlaku kerana ketiadaan akar-akar pokok balak yang mencengkam tanah. Di samping itu, aktiviti p'balakan turut m'pengaruhi suhu persekitaran kita yang semakin panas sejak belakangan ini. Bagi mengatasi masalah ini semua pihak termasuk orang kampung, rakyat tempatan, N.G.O., aktivis alam sekitar dan pegawai kerajaan pemerintahan harus bekerjasama untuk memelihara alam sekitar demi kesejahteraan masyarakat seluruhnya.

Daripada aktivis masyarakat Pengkalan Hulu, Perak.

8hb Nov 2012.

0 comments:

Post a Comment

Hakcipta 2010 BERITA INTAN | Rekabentuk oleh Suraz Kayastha | Blogger Template Style You Can Hack