Wednesday, October 31, 2012

SEMAK DAFTAR PEMILIH


"SEMAK DAFTAR PEMILIH" telah diadakan di Kg Baru Keroh pada 21-10-2012 (Ahad) 4.30ptg hingga 6.30ptg. Penganjur adalah Pengarah Pilihanraya D.U.N. Pengkalan Hulu, Parti Keadilan Rakyat.
Program tersebut dapat sambutan baik daripada penduduk⋯⋯
Kg Baru. Semasa m'buat semakan didapati ramai pengundi kaum Cina & India telah ditukarkan tempat mengundi; seperti pengundi di Kg Baru yang dulu undi di sekolah Pekan Keroh telah ditukarkan ke Dewan Orang Ramai Simpang Pulai, manakala pengundi Kg Tasek yang dulu undi di sekolah kg Tasek ditukarkan ke S.K. Bekuai, Selarong & pengundi Klian Intan ditukarkan ke S.K. Kg Tasek. 
Bekas calon D.U.N. Pengkalan Hulu Lee Sing Long membidas kerajaan BN telah memperalatkan SPR untuk m'beri gangguan/halangan kepada pengundi-pengundi masyarakat Cina & India dari mengundi di lokasi mengundi yang berhampiran tempat kediaman mereka ke lokasi mengundi yang lebih jauh.
BN berniat jahat untuk mengadakan tindakan yang luar biasa seperti tersebut kerana mereka telah hilang keyakinan kepada kaum Cina & India yang telah memihak kepada parti politik pembangkang kini !


0 comments:

Post a Comment

Hakcipta 2010 BERITA INTAN | Rekabentuk oleh Suraz Kayastha | Blogger Template Style You Can Hack