Sunday, September 23, 2012

7 ALASAN MEMBANTAH LOJI TENAGA NUKLEAR

1.Alasan Pertama: Loji Tenaga Nuklear(LTN) Amat Bahaya!
Memandangkan LTN dikendalikan oleh manusia, kecenderungan berlakunya kesilapan manusia amat tinggi. LTN menggunakan sejumlah besar e

lemen radioaktif yang secara semula jadinya berbahaya kpd manusia & alam sekitar. Di dalam reaktor nuklear, uranium yg m'jalani pembelahan pengeluaran haba perlu disejukan secara berterusan. Risiko kecairan sentiasa ada.
Satu lagi hal yg membimbangkan ialah cara utk menyimpan sisa nuklear.
Pelupusan batang uranium m'dedahkan risiko tertentu. Batang ini perlu ditukar kira2 18 bulan slps ia dipasang memandangkan p'belahan yg semakin perlahan. Batang yg beradiasi ini disimpan di dalam bekas berisi air di dlm bangunan reaktor atau di bangunan bersebelahan. Selepas bbrp tahun, batang ini akan ditempatkan dlm bekas konkrit dgn lapisan keluli di luar bangunan, dan menunggu utk dihantar ke tmpt simpanan kekal yg masih BELUM WUJUD. (Risalah Beyond Nuclear "Dirty, Dangerous & Expensive: The Verdict Is On Nuclear" - www.beyondnuclear.org )
Sementara tempoh menunggu ini radiasi memancar keluar drpd kawasan itu lalu m'cemari perkampungan berdekatan & negara jiran. Pengeluaran ini boleh menyebabkan kanser, kecacatan sewaktu lahir & kerosakan alam sekitar. Masih belum ada cara utk melupuskannya dgn selamat. Terdapat saranan agar batang ini ditanam jauh ke dalam tanah tetapi ini akan hanya m'cemarkan tanah & mendedahkan bahaya kesihatan seperti pencemaran tanah & air. Sisa itu juga m'ambil masa berjuta tahun utk terurai.
Sisa nuklear adalah lebihan bahan api nuklear drpd reaktor. Bahan api itu dianggap lebihan apabila hasil sampingan pembelahan - peninggalan atom drpd proses pemisahan - mencegah pembebasan neutron drpd memisahkan lebih banyak uranium atau menukarnya kpd plutonium. Ia m'ambil masa 3 hingga 4 tahun utk tiba ke titik ini dlm proses tersebut. Sisanya amat radioaktif, jadi ia mestilah disimpan di dlm bekas konkrit dilapisi keluli atau dlm bekas kering.
Sehingga 2003, reaktor nuklear di Amerika Sykt tlh m'hasilkan kira2 49,000 tan sisa, demikian menurut Jabatan Tenaga. ( Wired -http://www.wired.com/science/discoveries/news/2005/07/68074?currentPage=all )






2. Alasan Kedua : Penghuni berhampiran loji tenaga jatuh sakit
Penduduk yang tinggal berhampiran loji tenaga berisiko besar kerana mereka terdedah kepada paras radiasi yang amat tinggi mes
kipun dalam operasi harian biasa. Salah satu daripadanya ialah kemalangan di loji tenaga, kerana tiada pendedahan yang selamat untuk radiasi.
Terdapat beberapa kajian yang dikumpulkan mengenai kaitan antara kanser dan radiasi. Risiko kanser paling biasa adalah penyakit kulit, kecacatan sewaktu lahir, leukemia dan tumor otak. Kesemuanya adalah penyakit yang direkodkan ekoran bencana nuklear di Khyshtym, Chernobyl, dan Three Mile Island.
Kajian saintifik yang diterbitkan dalan European Journal of Cancer Care pada 2008, mendedahkan bahawa kadar kematian akibat leukemia dalam kalangan kanak-kanak Amerika yang tinggal berdekatan loji tenaga nuklear di Amerika Syarikat telah meningkat dengan mendadak dalam dua dekad lepas. Peningkatan terbesar dlm kadar kematian berlaku berdekatan loji lama. Manakala penurunan kadar kematian dilihat pd loji berdekatan yg ditutup secara kekal pd 1980-an & 1990-an. Peningkatan 13.9% dlm kematian berdekatan loji tenaga lama m'cerminkan potensi kesan p'cemaran radioaktif yg lbh besar berdekatan reaktor nuklear.
Dlm 1 analisis meta drpd 17 kertas penyelidikan pd 2007, m'babitkan 136 tapak nuklear di UK, Kanada, Perancis, Amerika sykt, Jermen, Jepun & sepanyol, kes leukemia dlm kalangan kanak2 yg berusia di bawah 9 thn, yg tinggal berdekatan tapak nuklear, menunjukkan peningkatan drpd 14% kpd 21%, manakala kadar kematian meningkat drpd 5% kpd 24%.
Kajian di Jermen yg diterbitkan di dlm "International Journal of Cancer" pd 2008, m'dapati 60% meningkatan dlm kes kanser & 117% peningkatan dlm leukemia dlm kalangan kanak2 yg tinggal berdekatan kesemua 16 LTN besar Jermen 1980 & 2003. Penemuan paling mengejutkan adalah kanak2 yg tinggal dlm lingkungan 5 km dari LTN . Mrk 2 kali ganda lebih cenderung m'dapat kanser berbanding yg tinggal lbh jauh.
Kajian lain di Jermen pd 2011 m'dapati aktiviti nuklear m'jejaskan sistem reproduktif. Lebih ramai bayi perempuan dilahirkan di kawasan persekitaran kawasan bencana Chernobyl berbanding bayi lelaki. Penemuan ini menunjukkan kesan pendedahan radiasi ke atas nisbah jantina manusia dr segi jangka panjang.
Science Daily -http://www.sciencedaily.com/realeases/2011/05/110526091308.htm








Alasan Ketiga : Kesan Terhadap Alam Sekitar Menjangkau Jauh & Berpanjang.
LTK mmemerlukan banyak air utk operasinya. Air digunakan utk menyejukkan reaktor yg dipanaskan utk meng
hasilkan wap bagi m'jalankan turbin bagi menjana elektri. Hakikat bahawa loji ini memerlukan air m'jadikan lokasinya berdekatan dgn sumber air yg besar amat penting. Air diambil dari sungai , laut atau tasik utk menyejukkan reaktor secara berterusan.
Akibatnya, kekurangan air akan berlaku. Bagaimanapun masalah yg lebih besar berkaitan pelupusan air yg telah digunakan dari reaktor yang dibuang kembali ke dalam saliran air. Air itu amat tercemar dgn bahan radioaktif dan sering tidak dirawat sblm dibuang. Tindakan ini bukan hanya m'cemarkan saliran air tetapi juga m'racuni kehidupan marin & hidupan liar yg bergantung kepadanya & manusia yg meminumnya. Rantaian tindak balas yg dicetuskan oleh LTN terhadap alam sekitar m'punyai kesan yg jauh lbh besar dgn kesan implikasi negatifnya ke atas hidupan di atas muka buki ini utk berabad lamanya.
Kajian mutagenik m'dapati agen seperti bahan kimia, cahaya lampau ungu atau elemen radioaktif boleh m'cetus atau meningkatkan kekerapan mutasi dalam organisme. Sisa radioaktif blh mengeluarkan elemen yg m'cemarkan bentuk hidupan di sekelilingnya. Proses ini sebaliknya boleh m'hasilkan mutasi dlm organisme, mengubah komposisi gen asal dlm hidupan.
(Alasan Ke-4, akan disambung...)

http://www.thefreedictionary.com/mutagenicity

0 comments:

Post a Comment

Hakcipta 2010 BERITA INTAN | Rekabentuk oleh Suraz Kayastha | Blogger Template Style You Can Hack