Wednesday, December 7, 2011

Permohonan Tanah Untuk Tapak Rumah Kg Tersusun Bkt Buluh, Klian Intan

Kerajaan BN telah berjanji untuk memberi lebih kurang 80 lot tapak tanah untuk dibina rumah yang dikatakan kg tersusun kepada penduduk-penduduk Kg Bkt Buluh yang tiada mempunyai tanah milik sendiri. Mereka-mereka ini sebenarnya sudah beberapa lama sehingga ada yang sudah berpuluh-puluh tahun tinggal da atas tanah kerajaan termasuk rizab-rizab jalan dan simpanan JKR.

Beberapa bulan yang lepas Pejabat Tanah Pkln Hulu telah memanggil beberapa orang pemohon untuk ditemuduga, tetapi hingga ke hari ini tidak diketahui bagaimana statusnya.

Penduduk Kg Bkt Buluh dan Klian Intan tertanya-tanya bilakah maklumat ini diketahui mereka. Adakah mereka-mereka ini termasuk di antara pemohon-pemohon yang telah diluluskan untuk memiliki lot-lot tanah tersebut atau pun harus menunggu sehingga ke suatu tarikh yang mereka sendiri tidak pasti bila akhirnya, atau pun lot-lot tanah tersebut telah diluluskan kepada orang-orang atau kelompok-kelompok tertentu sahaja, atau ini adakah perancangan untuk memenuhi janji pilihanraya BN sahaja.

Para Penduduk Kg bkt Buluh dan Klian Intan fikirlah secara rasional dan matang, adakah anda semua sedang di permainkan dengan umpan janji-janji politik oleh BN untuk mereka memenangi pilihanraya yang akan datang ini.

Drpd: Bekas Calon Pengkalan Hulu Lee Sing Long.
7-12-2011



0 comments:

Post a Comment

Hakcipta 2010 BERITA INTAN | Rekabentuk oleh Suraz Kayastha | Blogger Template Style You Can Hack