Tetapi masalah tersebut masih berulang hari ini. Kerata sapu haram ini masih mencuri pelanggan-pelanggan teksi kita. Pihak berkuasa seolah-olah tidak langsung mengatasi masalah ini malah memandang perkara ini sebelah mata sahaja. Kereta sapu haram ini mencari pelanggan dengan cara duduk di bawah pokok dan wakil mereka akan membawa pelanggan untuk menaiki kereta sapu haram tersebut. Masalah ini memberi tekanan kepada pemandu-pemandu teksi kita untuk mencari rezeki, tindakan segera harus di ambil oleh pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah ini. Tetapi saya rasa perkara ini tidak akan selesai jika rasuah masih berlaku.
Lee Sing Long - Aktivis Masyarakat Pengkalan Hulu.
0 comments:
Post a Comment