Tarikh : 30-7-2011
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat, Taman Tembusu, Pkln Hulu.
Penceramah : 1.Lee Sing Long (bekas Calon)
2.Dr. Mohd Noor Manuty (PPN Perak)
Dalam ucapan PPN perak PKR Dr. Mohd Noor Manuty, beliau telah membangkitkan beberapa isu utama. Beliau telah memberi tahu para hadirin keadaan situasi politik di negeri Perak, rakyat akan lebih memihak kepada PR. Dalam UMNO telah terdapat masalah antara pimpinan sesama pimpinan mereka. Terdapat juga masalah di antara pegawai polis yang mengawal himpunan bersih. Dr Mohd Noor Manuty memberi pesanan kepada pemimpin dan ahli PKR kawasan Pkln Hulu untuk bersedia dan berkerja lebih gigih pada PRU ke-13 yang akan datang.
Lee Sing Long memberitahu kapada semua ahli Pktn Rakyat walau pun Lee tidak menang D.U.N. Pkln Hulu pada PRU-12 (2008) Lee masih aktif di kawasan Pkln Hulu dan menubohkan Pusat Khidmat Masyarakat. Beberapa pertubuhan pernah menerima peruntukan dari kerajaan PR Perak, seperti :
1.Sekolah Agama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Addin-5
2.Keroh Football Club
3.Pusat Lindungan Muallah
4.Kuil Hindu Pengkalan Hulu
5.Dewan Tokong Keroh.
Pelbagai projek membaiki kemudahan asas di Kg Tasek, Kuak Luar, Kuak Tengah dan Klian Intan juga telah disiapkan oleh kerajaan PR pada tahun 2008.
Menteri Besar Pakatan Rakyat yang perihatin kepada rakyat telah meluluskan 40 ekar tanah kepada Pondok Pakteh, peruntukan juga di beri kepada 2 rumah anak yatim di kawasan ini.
Lee juga memberi pesanan kepada penduduk-penduduk Pkln Hulu beberapa isu yang telah dibangkit dan telah keluar di surat khabar selepas BN merampas kuasa, seperti masalah pelajar sekolah agama yang terpaksa minum air kotor, sebuah kampong (Bkt Royong) yang masih belum dapat bekalan letrik, kelulusan pembalakan oleh Tajol Rosli yang tidak mengikut peraturan dan perswastaan kedai sempadan mengakibatkan sewa kedai melonjak.
Lee juga berharap semua rakyat bijak memilih parti politik yang boleh membela hak rakyat. Diharap PR dapat menang dalam pilihanraya yang akan datang.
Tuesday, August 9, 2011
Ceramah Politik PKR Pkln Hulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hakcipta 2010 BERITA INTAN | Rekabentuk oleh Suraz Kayastha | Blogger Template Style You Can Hack
0 comments:
Post a Comment