Wednesday, May 25, 2011

Masalah kebocoran bumbung di surau Kampung Air Musang Gerik

Selepas Aktivis masyarakat Lee Sing Long membangkitkan tentang masalah kebocoran bumbung di surau Kampung Air Musang yang sekian lama menganggu mereka yang beribadat, bunbung tersebut telah dibaiki.

Masalah tersebut telah diterbitkan di dalam akhbar Sinar Harian. Majlis Daerah Gerik (PLB) telah melakukan kerja membaik pulih surau tersebut yang telah menelan belanja sebanyak RM20,000.00.

Namun begitu masalah kebocoran ini bangkit kembali disebabkan kerja yang tidak sempurna oleh kontraktor yang terlibat. Aktivis Masyarakat Lee SL menyeru pihak MDG dan wakil rakyat D.U.N Pengkalan Hulu, Tajol Rosli supaya mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menangani masalah ini.


0 comments:

Post a Comment

Hakcipta 2010 BERITA INTAN | Rekabentuk oleh Suraz Kayastha | Blogger Template Style You Can Hack