Thursday, February 4, 2010

Pelita Ayam Menjadi Teman Penduduk Bkt Royong Pada Waktu Malam

Sdr. Mat Rofii Bin Lebai Hasan Setiausaha PAS Kg Pahit Dalam sedang membaca surat dari TNB.

Penghuni Bkt. Royong Mohamad Ridzuan Bin Othman 34 merasa tertipu, disuruh memasang wayar tetapi letrik tak masuk....tujuan mereka hanya nak mendapatkan undi.

Penduduk Bkt. Royong - Mohamad Rijab B. Ismail 64 sudah berada di sini lebih 25 tahun, jikalau ada letrik dan kemudahan asas lebih ramai orang akan pindah masuk ke sini.


Lee Sing Long makan bersama penduduk Bkt Royong.


Mat Rofii

Ramlee B. Abdullah Ketua Kg Pahit Dalam



Penyelia Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu Lee Sing Long bersama Penduduk Bkt Royong.
Inilah rumah kediaman Mohamad Rijab yang masih tidak mendapat bekalan letrik,walaupun ADUN kawasan ini memegang jawatan Menteri Besar dahulu. Hak keperluan telah di abaikan oleh mereka
Ini lah surau yang dibina, telah dirasmikan oleh Tajol Rosli dan diletakkan batu asas beberapa tahun dahulu, tapi nampaknya projek ini telah terbengkalai.


Sebuah kampung "Bkt Royong" di Pahit Dalam, Pengkalan Hulu yang di diduduki lebih 35 tahun. Sejak tahun 1974 peneroka datang ke sini menanam pokok getah dan pokok buah-buahan. Pada tahun 1985 lebih banyak peneroka berpindah masuk ke sini untuk bercucuk tanam,90 lot tanah perumahan (fasa 1) telah di dibuka, dan 20 rumah telah siap dibina di sana, tetapi hanya 12 rumah sahaja yang diduduki kerana tiada kemudahan bekalan eletrik hanya pelita ayam jadi teman mereka pada waktu malam di BUKIT ROYONG.

Masalah yang di hadapi penduduk Bkt Royong turut mendapat perhatian Penyelia Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu Encik Lee Sing Long. Beliau telah melawat ke kampung ini mengumpul maklumat dari Ketua Kg Pahit Dalam, Ramlee B. Abdullah dan Mat Rofii B. Lebai Hasan setiausaha PAS Pahit Dalam, dan juga penduduk2 Bkt Royong.

Lee mendapati penghuni kampung ini telah membuat permohonan bekalan letrik sejak tahun 2003. Mereka di beritahu oleh pihak pimpinan BN bekalan eletrik akan dimasukkan dan mereka juga di suruh memasang wayar sebelum Pilihan Raya Umum ke-11 (2004).

Penduduk kampung merasa gembira dan semua rumah pun telah siap dipasang wayar dan kebal. Wang sebanyak RM300 setiap rumah pun telah dibayar kepada kontraktor yang di panggil oleh pihak BN. Tetapi apabila mereka berhubung dengan TNB Gerik selepas PRU 2004 mereka dapati telah ditipu oleh pihak BN, kerana projek bekalan letrik dikampung itu tidak pernah di luluskan.

Penduduk Bkt Royong tidak berputus asa, mereka meneruskan permohonan tersebut sehingga tahun 2008, pakatan rakyat telah memenangi dalam pilihanraya ke 12 dan memerintah Negeri Perak. Encik Ramlee turut dipilih sebagai Ketua Kampung Pahit Dalam. Beliau terus membuat permohonan bekalan letrik dan telah mendapat sokongan dari beberapa pihak, namun tidak berjaya kini akibat berlakunya rampasan kuasa kerajaan Negeri Perak.

Penduduk Bkt Royong kini terpaksa berbelanja RM40 sebulan membeli kerosin untuk mendapat cahaya dari pelita. Satu keluarga terpaksa berbelanja membeli petrol sebanyak RM250 sebulan untuk menghidupkan generator. Satu lagi masalah adalah bagi kanak-kanak yang bersekolah, mereka cuma ada cahaya dari pelita sahaja untuk membaca dan menulis pada waktu malam.

Lee menasihati penduduk Bkt Royong jangan menaruh harapan pada Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, sejak dari dahulu Tajol Rosli masih memegang jawatan Menteri Besar Perak, tetapi gagal membela hak penduduk kampung ini. Ini adalah satu bukti yang kukuh Barisan Nasional hanya berkerja untuk mengaut hasil rakyat, kayu balak di kawasan ini telah di diseleweng oleh mereka dan hak-hak rakyat telah mereka abaikan.

Lee Sing Long mengesa kerajaan Haram Barisan Nasional Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, biar rakyat memilih lagi sekali untuk menentukan siapa memerintah Negeri Perak.

0 comments:

Post a Comment

Hakcipta 2010 BERITA INTAN | Rekabentuk oleh Suraz Kayastha | Blogger Template Style You Can Hack