Masalah banjir kilat di Klian Intan
Bekas Calon Pengkalan Hulu Naib Ketua PKR Cabang Gerik Lee Sing Long menyeru Menteri Besar (BN) Perak Zambry mengambil perhatian kepada penduduk-penduduk Klian Intan yang telah lama mengalami banjir kilat di kawasan ini.
Sejak beberapa tahun dahulu, apabila kuasa pemerintahan kerajaan Negeri Perak dipegang oleh Barisan Nasional dan Tajol Rosli masih memegang jawatan MB Perak, masalah banjir di kawasan ini telah lama menganggu kehidupan penduduk-penduduk 2 buah kampong di Klian Intan, iaitu di Kg. Sri Utara dan Kg. Khek. Pada masa itu, MB Perak Tajol Rosli tidak mempedulikan langsung masalah tersebut walaupun banyak aduan telah dibuat.
Selepas pilihanraya Ke-12 pada tahun 2008, kerajaan Pakatan Rakyat telah menerima aduan daripada penduduk kawasan ini, sebagai Penyelia DUN Pkln Hulu Lee Sing Long pernah turun ke Klian Intan beberapa kali pada masa hujan ribut dan telah merasai penderitaan penduduk-penduduk di dua dua kampung ini.
Masalah banjir di Kg. Sri Utara pun telah di selesaikan pada masa Negeri Perak di pegang kuasa oleh Pakatan Rakyat, Parit longkang telah dinaik taraf dan parit lencongan juga dibina pada masa itu. Hari ini, banjir tidak lagi berlaku di Kg. Sri Utara, Klian Intan walaupun hujan ribut. Tetapi masalah banjir di Kg. Khek masih kerap berlaku selepas hujan ribut kerana masalah di sana tidak sempat untuk diselesaikan oleh PR kerana kuasa pemerintahan telah diambil alih oleh BN pada bulan Februari 2009.
Saya harap Zambry dapat menyelesaikan masalah di Kg. Khek, Klian Intan dengan menaik taraf Sg. Kijang supaya air sungai dapat mengalir dengan lebih lancar di kawasan hilir sungai. Sekali lagi, saya mendesak Tajol Rosli meletak jawatan ADUN dengan segera jikalau hak-hak penduduk di Pengkalan Hulu dipinggirkan dan masalah-masalah di kawasan ini tidak dapat diambil perhatian .
Merujuk lapuran surat khabar, saya didapati Zambry telah berjanji kepada penduduk-penduduk Hulu Perak bahawa beliau akan mengutamakan masalah rakyat Hulu Perak. Oleh sebab itu, saya harap masalah banjir Klian Intan dapat diatasi oleh MB (BN) Perak dan masalah yang sama tidak akan timbul lagi di masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Lee Sing Long
(Penyelia DUN Pengkalan Hulu)
Wednesday, December 9, 2009
Surat Kepada Zambry
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hakcipta 2010 BERITA INTAN | Rekabentuk oleh Suraz Kayastha | Blogger Template Style You Can Hack
0 comments:
Post a Comment