Pada 5 hingga 6 disember 2009 Naib Ketua Cabang Gerik Lee Sing Long telah menghadiri Konvesyen Bahasa Mandarin Kebangsaan di Kolej Era New Kajang, di antara yang hadir di konvesyen tersebut adalah Dato Chua Ming Datin Paduka Tan Yee Kiu dan Tian Chua. Didalam konvesyen ini Lee Sing Long telah membuat laporan mengenai perkembangan terkini di Gerik & Pengkalan Hulu dan juga bagaimana beliau bertanding pada PRU-12 melawan bekas Menteri Besar Perak Dato Tajol Rosli di Dewan Undangan Negeri N1 Pengkalan Hulu.
Guru Besara Hj Jamali B. Satong adalah graduan dari Nanyang Universiti, Singapura pada tahun 1969. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Tiong Hua (persendirian) lebih 30 tahun di Kuching, Sabah dan Sitiawan Perak. Beliau boleh membaca, menulis dan berucap di dalam Bahasa Mandarin. Anak beliau juga menamat pelajaran Sek Men Chung Hua No.3 di Kuching dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Yayasan Melaka.
Haji Jamali juga memberitahu pada permulaan pelajaran adalah amat sukar kerana bahasa penghantar bukan lah bahasa ibunda, lama kelamaan berkat kesabaran, kegigihan serta kesungguhan beliau berjaya menamatkan pendidikan didalam aliran Tiong Hua sehingga lah ke Universiti. Hj Jamali Bin Satong kini adalah seorang ahli pimpinan Parti Keadilan Rakyat di Sarawak.
Kelebihan Hj Jamali B. Satong dari Sarawak ini boleh menyoal dalam Bahasa Mandarin.
Datin Paduka Tan Yee Kiu memberi pandangan beliau bagaimana hendak memenangi PRU13 akan datang.
Ucapan oleh Dato Chuah Jui Ming
Datuk Chuah : Susah lah MCA.........Tee Kiat, Good Luck lah!
Lee Sing Long serta peserta-peserta lain sedang mendengar syarahan dari tetamu-tetamu khas yang dijemput dikonvesyen bahasa mandarin kebangsaan
Selepas perbincangan dibuat.......kita perlu menambah 6% undi untuk menuju ke Putra Jaya.
Lee Sing Long bersama ADUN P.Pinang YB Ong Chin Wen
YB Gwo-Burne Loh memberi sedikit syarahan kepada rakan-rakan, beliau adalah seorang graduan Universiti luar negeri yang merakam gambar video peguam Linggam
Guru Besara Hj Jamali B. Satong adalah graduan dari Nanyang Universiti, Singapura pada tahun 1969. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Tiong Hua (persendirian) lebih 30 tahun di Kuching, Sabah dan Sitiawan Perak. Beliau boleh membaca, menulis dan berucap di dalam Bahasa Mandarin. Anak beliau juga menamat pelajaran Sek Men Chung Hua No.3 di Kuching dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Yayasan Melaka.
Haji Jamali juga memberitahu pada permulaan pelajaran adalah amat sukar kerana bahasa penghantar bukan lah bahasa ibunda, lama kelamaan berkat kesabaran, kegigihan serta kesungguhan beliau berjaya menamatkan pendidikan didalam aliran Tiong Hua sehingga lah ke Universiti. Hj Jamali Bin Satong kini adalah seorang ahli pimpinan Parti Keadilan Rakyat di Sarawak.
Kelebihan Hj Jamali B. Satong dari Sarawak ini boleh menyoal dalam Bahasa Mandarin.
0 comments:
Post a Comment