Sunday, June 24, 2012

MASALAH JLN ROSAK DI SIMPANG TMN TEMBUSU



Mengenai sebuah lori balak terbalik di Jln Baling kawasan simpang Taman Tembusu yang berlaku pada seminggu dulu. Pada mulanya disyaki berpunca daripada muatan lori lebih berat? tanah mandap? atau kerja meluaskan jalan tidak mengikut spek?
Atas tinjauan saya pada petang Ahad 17hb Jun 2012 di dapati puncanya bukan sebab kerja kontraktor tidak mengikut spek. Pada pandangan saya kerja meluaskan jalan tersebut tidak sesuai memasang "bata sembilan" di tepi untuk menahan penutup longkang kerana tidak mampu menabung beban berat dan tekanan, sepatutnya membina konkrit dengan tetulang besi sepanjang 70 meter di tepi jalan.
Saya bimbang perkara ini akan berulang kerana spek kerja pembaiki tiada perubahan ! 
Harap pihak JKR mengambil perhatian. Sekian.


0 comments:

Post a Comment

Hakcipta 2010 BERITA INTAN | Rekabentuk oleh Suraz Kayastha | Blogger Template Style You Can Hack